Saturday 24 March 2012

Data Transmission


Bagaimana Penghantaran Data Berlaku

Terdapat dua jenis tranmisi data iaitu analog dan digital :

Transmisi digital
  • Penghantaran data secara digital menghantar data dalam bentuk on, off atau siri 1 dan 0.

Transmisi analog
  • Penghantaran data dalam bentuk isyarat gelombang elektronik



  ISYARAT ANALOG

      Gelombang direkod atau digunakan dalam bentuk asal. Contohnya apabila kita merekod suara ke kaset, isyarat secara terus daripada pembesar suara dan disalin kepada kaset. Dalam teknologi digital, gelombang analog disampelkan pada kadar tertentu kemudian ditukarkan kepada nombor (0,1) dan kemudiannya disimpan dalam peranti digital misalnya CD. Untuk mendengar muzik nombor ditukarkan kepada gelombang volt yang sama dengan bunyi asal.

  ISYARAT DIGITAL    
         
             Isyarat digital ialah satu isyarat yang mempunyai dua keadaan iaitu dalam keadaan 1 (‘on’) dan keadaan 0 (‘off’), yang mana satu bucu yang tajam diperolehi antara keadaan 1 dan 0. Disebabkan nilai 1 dan 0 ini adalah nombor diskret, maka ia digelar isyarat digital.



  
Kebaikan Isyarat Digital

Memandangkan keupayaan isyarat digital dapat dihantar dengan tepat dan cepat kepada stesen penerima.Keadaan ini dapat menjimatkan masa dan ruang storan serta kos kemaskini.Isyarat digital mempunyai kebarangkalian ralat dalam melakukan kesilapan yang kecil.Ini menyebabkan kesilapan dalam menghantar data akan berkurangan.

Kos untuk mengemaskini data dan ruang storan  menjadi kecil kerana setiap data dapat dihantar dengan cepat kepada stesen penerima, oleh itu setiap  ruang storan dapat digunakan dengan jitu dan cekap.Disamping itu penghantaran maklumat melalui isyarat digital membuatkan  maklumat itu lebih dipercayai kerana isyarat digital kurang terdedah kepada  gangguan luar.

Masa untuk setiap data atau maklumat dihantar menjadi semakin cepat  dan ini menjadikan penyebaran maklumat menjadi semakin mudah dan pantas. Penghantaran isyarat digital menjadi  lebih relevan pada masa kini kerana  kebanyakan sistem maklumat menggunakan komputer sebagai medium  perantaraan memandangkan komputer hanya boleh menerima isyarat digital sahaja.
Kelemahan Isyarat Digital
Memandangkan medium penghantaran isyarat digital tidak banyak dan kos pengeluaran medium seperti rangkaian gentian optik, cakera satelit, satelit dan medium lain adalah tinggi, maka ia menjadi kelemahan utama dalam perlaksanaan penghantaran isyarat digital

Disamping itu juga isyarat digital perlu melalui banyak peringkat untuk aplikasikan.Sebagai contoh penggunaan modem untuk menukar isyarat digital kepada isyarat analog. Ini kerana tidak semua perkakasan boleh menerima isyarat digital.Sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada mana- mana perkakasan penghantaran  maklumat, maka isyarat digital yang dihantar mungkin  akan berlaku ralat yang mungkin akan mengelirukan pihak penerima yang kemudiannya boleh menimbulkan masalah.


Kebaikan Isyarat Analog

Antara kebaikan isyarat analog  ialah kos pemasangan dan pembinaan yang murah dan ringkas.Ini kerana setiap perkakasan yang digunakan untuk membolehkan penghantaran isyarat analog adalah seperti wayar telefon dan penghantaran bunyi melalui suara secara terus kepada penerima.Keadaan menyebabkan kos untuk penggunaan isyarat analog adalah murah dan ringkas.

Kebaikan dalam menggunakan isyarat analog ialah  kebanyakan sistem penghantaran maklumat masih menggunakan   kaedah  isyarat analog seperti penggunaan telefon wayar.Oleh adalah mudah untuk menghantar maklumat atau data kepada stesen penerima kerana maklumat tidak perlu melalui banyak peringkat.

Maklumat yang dihantar secara isyarat analog senang untuk difahami oleh pihak penerima dan ini menyebabkan masalah salah faham maklumat dapat dielakkan.Disamping itu juga isyarat analog juga dapat digunakan secara meluas didalam kehidupan seharian kerana perkara asas  dalam isyarat analog adalah berkaitan dengan alam semula jadi.

Kelemahan Isyarat Analog

Kelemahan seperti masalah ralat dalam penghantaran maklumat mudah berlaku sekiranya adanya gangguan alam semula seperti hujan lebat, ribut yang mana kebanyakkan perkakasan elektronik yang ada kini tidak dapat mengelak daripada berlakunya ralat penghantaran.

Masalah  ruang storan juga  merumitkan pihak penghantar maklumat kerana maklumat analog memerlukan ruang storan yang besar, masa dan kos untuk menyimpan dan mengemasakini maklumat yang ada.

Maklumat dalam bentuk isyarat analog akan menjadi  masalah sekiranya ianya dihantar kepada  sistem yang  hanya menggunakan isyarat digital sahaja  dalam pengaplikasiannya.Ini kerana  proses demodulasi perlu dilakukan.


 Mod Penghantaran

Terdapat tiga jenis mod penghantaran iaitu:
  • Simpleks = Simpleks merupakan komunikasi sehala atau searah. Analoginya seperti jalan sehala. Contohnya penyiaran televisyen
  • Separa dupleks =  Dalam penghantaran secara dupleks, setiap stesen boleh menghantar dan menerima data tetapi bukan pada masa yang sama. Bila satu peranti mengahnatar isyarat satu peranti lagi hanya tunggu masa untuk menerima. Contohnya walkie-talkie.
  • Dupleks penuh = Dupleks penuh ialah penghantaran atau penerimaan data oleh dua stesyen pada masa yang sama atau pun serantak contohnya perbualan telefon.





















Friday 23 March 2012

Telekomunikasi


 


    Telekomunikasi pada dasarnya merupakan komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan, radio, televisyen, telefon dan komputer. Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi termasuk suara dan muzik, gambar dan gambar boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf. Pusat telekomunikasi moden terlibat dalam masalah penghantaran jumlah maklumat yang banyak dalam jarak yang jauh tanpa mangalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising dan gangguan.Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat tersebut



 
 
Terdapat beberapa elemen utama yang memainkan peranan penting dalam telekomunikasi dan sistem komputer. Antaranya :
  • Manusia
  • Prosedur
  • Data / Maklumat
  • Perkakasan (hardware)
  • Perisian (software)
  • Komunikasi




Wednesday 21 March 2012

20 Perkara Jangan Dilakukan


       Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil iktibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena pada saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.
  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tertutup  (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan buat keburukan atau maksiat.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita.
  14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 
  16. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  19. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.
  20. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Saturday 10 March 2012

12 Barisan Di Akhirat



  • BARISAN PERTAMA
     Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
  • BARISAN KEDUA
     Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
  • BARISAN KETIGA
     Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking."Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
  • BARISAN KEEMPAT
     Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
  • BARISAN KELIMA
     Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar."Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
  • BARISAN KEENAM
     Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan."Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
  • BARISAN KETUJUH
     Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah."Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
  • BARISAN KELAPAN
     Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas."Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
  • BARISAN KESEMBILAN
     Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh."Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
  • BARISAN KESEPULUH
     Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta."Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
  • BARISAN KESEBELAS
     Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran."Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
  • BARISAN KEDUA BELAS
     Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....


"Ya Allah.. Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat"

10 Sifat Muslim


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

1  . akidah yang sejahtera
2  . akhlak yang mantap
3  . berpengetahuan luas
4  . badan yang sihat
5  . sentiasa melawan nafsu dan godaan syaitan
6  . sentiasa berdikari
7  . sentiasa menepati masa
8  . tersusun urusannya
9  . ibadah yang sahih
10. bermanfaat kepada orang lain.

 Semoga kita mempunyai sifat-sifat seperti ini  untuk menjadikan diri kita muslim yang sejati.


10 Perkara Mematikan Hati


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t

Pada hari ini saya ingin kita semua bermuhasabah diri kita, mengapa kadang-kala apa yang kita doakan dan yang dihajati Allah swt tidak memakbulkannya. Hal ini adalah disebabkan beberapa perkara yang kita tidak sedar. Perkara-perkara tersebut ada diceritakan pada kisah di bawah.
     
Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?" Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan 10 perkara :

  • Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hak Nya. 
  • Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu  tinggalkan sunnahnya.
  • Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
  • Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
  • Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
  • Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  • Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  • Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
  • Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri
  • Kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak  jadikan pelajaran bagi mereka 


"Hendaklah berdoa dengan penuh yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan"



 


Monday 5 March 2012

Sebab Terhasilnya "Blog Cikgu"


Assalamualaikum w.b.t

      Dengan kalimah suci BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Aku memulakan penulisan blog ini yang diberi nama "Blog Cikgu".. Blog Cikgu ini terhasil adalah disebabkan oleh permintaan daripada seorang pensyarah yang mengajar aku di tempat pengajian aku di UTM ini.. Dalam keadaan rela terpaksa aku kena menghasilkan satu blog kerana ia akan menyumbang markah dalam subjek ini. Walaubagaimanapun, InsyaAllah aku akan menulis sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca blog ini sekaligus untuk si penulis ini juga..

"Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat"
( Bukhari )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...