Saturday 24 March 2012

Data Transmission


Bagaimana Penghantaran Data Berlaku

Terdapat dua jenis tranmisi data iaitu analog dan digital :

Transmisi digital
  • Penghantaran data secara digital menghantar data dalam bentuk on, off atau siri 1 dan 0.

Transmisi analog
  • Penghantaran data dalam bentuk isyarat gelombang elektronik



  ISYARAT ANALOG

      Gelombang direkod atau digunakan dalam bentuk asal. Contohnya apabila kita merekod suara ke kaset, isyarat secara terus daripada pembesar suara dan disalin kepada kaset. Dalam teknologi digital, gelombang analog disampelkan pada kadar tertentu kemudian ditukarkan kepada nombor (0,1) dan kemudiannya disimpan dalam peranti digital misalnya CD. Untuk mendengar muzik nombor ditukarkan kepada gelombang volt yang sama dengan bunyi asal.

  ISYARAT DIGITAL    
         
             Isyarat digital ialah satu isyarat yang mempunyai dua keadaan iaitu dalam keadaan 1 (‘on’) dan keadaan 0 (‘off’), yang mana satu bucu yang tajam diperolehi antara keadaan 1 dan 0. Disebabkan nilai 1 dan 0 ini adalah nombor diskret, maka ia digelar isyarat digital.



  
Kebaikan Isyarat Digital

Memandangkan keupayaan isyarat digital dapat dihantar dengan tepat dan cepat kepada stesen penerima.Keadaan ini dapat menjimatkan masa dan ruang storan serta kos kemaskini.Isyarat digital mempunyai kebarangkalian ralat dalam melakukan kesilapan yang kecil.Ini menyebabkan kesilapan dalam menghantar data akan berkurangan.

Kos untuk mengemaskini data dan ruang storan  menjadi kecil kerana setiap data dapat dihantar dengan cepat kepada stesen penerima, oleh itu setiap  ruang storan dapat digunakan dengan jitu dan cekap.Disamping itu penghantaran maklumat melalui isyarat digital membuatkan  maklumat itu lebih dipercayai kerana isyarat digital kurang terdedah kepada  gangguan luar.

Masa untuk setiap data atau maklumat dihantar menjadi semakin cepat  dan ini menjadikan penyebaran maklumat menjadi semakin mudah dan pantas. Penghantaran isyarat digital menjadi  lebih relevan pada masa kini kerana  kebanyakan sistem maklumat menggunakan komputer sebagai medium  perantaraan memandangkan komputer hanya boleh menerima isyarat digital sahaja.
Kelemahan Isyarat Digital
Memandangkan medium penghantaran isyarat digital tidak banyak dan kos pengeluaran medium seperti rangkaian gentian optik, cakera satelit, satelit dan medium lain adalah tinggi, maka ia menjadi kelemahan utama dalam perlaksanaan penghantaran isyarat digital

Disamping itu juga isyarat digital perlu melalui banyak peringkat untuk aplikasikan.Sebagai contoh penggunaan modem untuk menukar isyarat digital kepada isyarat analog. Ini kerana tidak semua perkakasan boleh menerima isyarat digital.Sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada mana- mana perkakasan penghantaran  maklumat, maka isyarat digital yang dihantar mungkin  akan berlaku ralat yang mungkin akan mengelirukan pihak penerima yang kemudiannya boleh menimbulkan masalah.


Kebaikan Isyarat Analog

Antara kebaikan isyarat analog  ialah kos pemasangan dan pembinaan yang murah dan ringkas.Ini kerana setiap perkakasan yang digunakan untuk membolehkan penghantaran isyarat analog adalah seperti wayar telefon dan penghantaran bunyi melalui suara secara terus kepada penerima.Keadaan menyebabkan kos untuk penggunaan isyarat analog adalah murah dan ringkas.

Kebaikan dalam menggunakan isyarat analog ialah  kebanyakan sistem penghantaran maklumat masih menggunakan   kaedah  isyarat analog seperti penggunaan telefon wayar.Oleh adalah mudah untuk menghantar maklumat atau data kepada stesen penerima kerana maklumat tidak perlu melalui banyak peringkat.

Maklumat yang dihantar secara isyarat analog senang untuk difahami oleh pihak penerima dan ini menyebabkan masalah salah faham maklumat dapat dielakkan.Disamping itu juga isyarat analog juga dapat digunakan secara meluas didalam kehidupan seharian kerana perkara asas  dalam isyarat analog adalah berkaitan dengan alam semula jadi.

Kelemahan Isyarat Analog

Kelemahan seperti masalah ralat dalam penghantaran maklumat mudah berlaku sekiranya adanya gangguan alam semula seperti hujan lebat, ribut yang mana kebanyakkan perkakasan elektronik yang ada kini tidak dapat mengelak daripada berlakunya ralat penghantaran.

Masalah  ruang storan juga  merumitkan pihak penghantar maklumat kerana maklumat analog memerlukan ruang storan yang besar, masa dan kos untuk menyimpan dan mengemasakini maklumat yang ada.

Maklumat dalam bentuk isyarat analog akan menjadi  masalah sekiranya ianya dihantar kepada  sistem yang  hanya menggunakan isyarat digital sahaja  dalam pengaplikasiannya.Ini kerana  proses demodulasi perlu dilakukan.


 Mod Penghantaran

Terdapat tiga jenis mod penghantaran iaitu:
  • Simpleks = Simpleks merupakan komunikasi sehala atau searah. Analoginya seperti jalan sehala. Contohnya penyiaran televisyen
  • Separa dupleks =  Dalam penghantaran secara dupleks, setiap stesen boleh menghantar dan menerima data tetapi bukan pada masa yang sama. Bila satu peranti mengahnatar isyarat satu peranti lagi hanya tunggu masa untuk menerima. Contohnya walkie-talkie.
  • Dupleks penuh = Dupleks penuh ialah penghantaran atau penerimaan data oleh dua stesyen pada masa yang sama atau pun serantak contohnya perbualan telefon.





















2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...