Saturday 10 March 2012

10 Perkara Mematikan Hati


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t

Pada hari ini saya ingin kita semua bermuhasabah diri kita, mengapa kadang-kala apa yang kita doakan dan yang dihajati Allah swt tidak memakbulkannya. Hal ini adalah disebabkan beberapa perkara yang kita tidak sedar. Perkara-perkara tersebut ada diceritakan pada kisah di bawah.
     
Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?" Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan 10 perkara :

  • Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hak Nya. 
  • Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu  tinggalkan sunnahnya.
  • Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
  • Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
  • Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
  • Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  • Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  • Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
  • Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri
  • Kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak  jadikan pelajaran bagi mereka 


"Hendaklah berdoa dengan penuh yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan"



 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...