Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Assalamualaikum w.b.t
Pada hari ini saya ingin kita semua bermuhasabah diri kita, mengapa kadang-kala apa yang kita doakan dan yang dihajati Allah swt tidak memakbulkannya. Hal ini adalah disebabkan beberapa perkara yang kita tidak sedar. Perkara-perkara tersebut ada diceritakan pada kisah di bawah.
Ketika Ibrahim
bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di
antaranya ada yang bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham
mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa
kami?" Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah
mati disebabkan 10 perkara :
- Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hak Nya.
- Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
- Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
- Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
- Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
- Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
- Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri
- Kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak jadikan pelajaran bagi mereka
"Hendaklah berdoa dengan penuh yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan"
No comments:
Post a Comment