Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh
perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang
mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang
seharusnya kita ambil iktibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat
perkara-perkara yang terkena pada saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat
memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus
mengungguli dunia InsyaALLAH.
- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tertutup (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
- Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan buat keburukan atau maksiat.
- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
- Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita.
- Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
- Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.
- Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
No comments:
Post a Comment