Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Wednesday, 21 March 2012

20 Perkara Jangan Dilakukan


       Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil iktibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena pada saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.
  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tertutup  (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan buat keburukan atau maksiat.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita.
  14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 
  16. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  19. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.
  20. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Saturday, 10 March 2012

10 Perkara Mematikan Hati


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t

Pada hari ini saya ingin kita semua bermuhasabah diri kita, mengapa kadang-kala apa yang kita doakan dan yang dihajati Allah swt tidak memakbulkannya. Hal ini adalah disebabkan beberapa perkara yang kita tidak sedar. Perkara-perkara tersebut ada diceritakan pada kisah di bawah.
     
Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?" Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan 10 perkara :

  • Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hak Nya. 
  • Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu  tinggalkan sunnahnya.
  • Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
  • Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
  • Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
  • Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  • Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  • Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
  • Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri
  • Kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak  jadikan pelajaran bagi mereka 


"Hendaklah berdoa dengan penuh yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan"



 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...